:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Homeopathy Berkesan dengan izinNya, Jom amalkan teknik rawatan yang sihat dan TIADA BAHAN KIMIA dan anda selamat dari kesan sampingan ubatan berkenaan :::: Terima Kasih :::: Sila Hubungi UstDi, NDr. jika ada sebarang pertanyaan di talian Hotline 018-245 3824 ::: INGAT SIHAT, INGAT HOMEOPATHY! ...

Monday, July 5, 2021

Apakah Perubatan Homeopati @ Homeopathy?


Apakah Perubatan Homeopati @ Homeopathy?
.
Homeopati adalah suatu sistem perubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit.
.
Asas kepada sistem ini adalah teori “Similia Similimum Curentur” iaitu bahasa greek bermaksud “serupa menyembuhkan yang serupa” dimana sesuatu yang mampu menimbulkan gejala penyakit, mampu juga menyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.
.
Bagaimana Ubat Homeopati @ Homeopathy dihasilkan?
.
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang.
.
Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat di dalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan. Boleh diambil oleh semua golongan.
 
Hubungi:
UstazDi, NDr. 018-2453824/

No comments:

Post a Comment