:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Homeopathy Berkesan dengan izinNya, Jom amalkan teknik rawatan yang sihat dan TIADA BAHAN KIMIA dan anda selamat dari kesan sampingan ubatan berkenaan :::: Terima Kasih :::: Sila Hubungi UstDi, NDr. jika ada sebarang pertanyaan di talian Hotline 018-245 3824 ::: INGAT SIHAT, INGAT HOMEOPATHY! ...

Sunday, July 4, 2021

SEJARAH HOMEOPATHY SIRI 2

Persatuan Homoeopathy Malaya didaftarkan secara rasmi pada tahun 1961 di mana Presiden pertamanya ialah Prof. Dr. Burhanuddin sendiri. Setiausaha agungnya, Dr. Mohammad bin Hanif dan Bendahari agungnya ialah Dr. Yaakob Ibrahim. Ahli-ahli jawatankuasa yang lain termasuk Dr. Rahmat b. Ma’dom, Dr. Rashad Shamsuddin, Dr. Abd. Rahman Hashim, Dr. Bahrom Shah dan Dr. Ismail b. Muhammad. Ibu pejabat persatuan di waktu itu ialah di 38-B Jalan Hale (Raja Abdullah) Kuala Lumpur.


Di dalam ucapan semasa merasmikan persatuan ini, Prof. Dr. Burhanuddin menggariskan tujuan dan matlamat persatuan sebagai:
  1. Mendirikan dan memajukan perubatan homeopati dan lain-lain cara tabii.
  2. Menggalak dan meninggikan kesihatan, kewarasan, kecerdasan rohani dan jasmani.
  3. Mengadakan kemudahan bertukar fikiran dan pengetahuan antara ahli dan orang ramai dengan mengadakan ceramah dan lain cara yang halal.
  4. Memajukan kepentingan bersama, meninggikan akhlak dan pelajaran.
  5. Menanam semangat dan kemahuan untuk memajukan diri sendiri dan mengajarkan kepada ahli akan kegiatan-kegiatan homoeopati.
Persatuan yang ulung ini membuka keahliannya kepada tiga jenis keahlian ialitu: ahli penuh, ahli bersekutu dan ahli penyokong di mana hanya orang yang mempunyai kelayakan sahaja diterima sebagai ahli penuh. Bersama dengan itu juga, Dr. Burhanuddin menganjurkan agar pusat-pusat rawatan homeopati ditubuhkan. Di samping memberi rawatan, pusat-pusat ini juga boleh menjadi tempat-tempat latihan kepada pelajar-pelajar homeopati.

Jasa Dr. Burhanuddin seterusnya ialah menyuarakan isu-isu homoeopati beberapa kali di Parlimen semasa beliau menjadi ahli parlimen bagi tahun 1959-1964. Suaranya yang lantang membolehkan aktiviti mengembangkan ilmu perubatan homeopati bergerak ke seluruh negara. Kemudian dalam mengembangkan homeopati seterusnya beliau berusaha mengumpulkan pelajar-pelajar yang setia untuk mengikuti kuliah homoeopati di Ehya Assharif Gunung Semanggol, Perak.

Tidak banyak tulisan-tulisan yang memperincikan kegiatan pengembangan ilmu perubatan homoeopati yang dilaksanakan oleh beliau di tahun-tahun berikutnya. Akhirnya, pada 25 hb. Oktober 1969, Dr. Burhanuddin pulang ke rahmatuLlah setelah berjaya menaburkan banyak jasa-jasa kepada masyarakat, orang Melayu, Islam, politik tanah air dan tidak ketinggalan mewariskan homeopati. Justeru banyaknya jasa-jasa beliau seperti yang disebut-sebut dalam sejarah tanah air sebelum dan selepas merdeka, maka beliau masih dikenang hingga ke hari ini.

Pemergian Allahyarham Dr. Burhanuddin memang sukar dicari ganti. Tetapi demi untuk menerajui persatuan yang masih muda ini, kepimpinan persatuan diberikan kepada timbalannya iaitu Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin. Pergerakan homeopati dikatakan bergerak lebih aktif lagi selepas itu dengan menambah bilangan peminat dan penyokongnya. Pada tahun 1979, persatuan ini diubah namanya kepada Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia (Malaysia Homoeopathy Medical Association) atau ringkasnya PPHM.

No comments:

Post a Comment